Tuesday, October 9, 2012


BUNGA & FALSAFAH....

Bunga memang begitu sinonim dengan wanita... bunga dan wanita ibarat Irama dan lagu yang sukar untuk dipisahkan...walaupun ada wanita yang tidak gemarkan bunga, tapi ia hanyalah segelintir. Walaupun tak suka....andai diterima daripada orang tersayang, sudah pasti akan suka juga akhirnya....:)
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti'moga cepat sembuh', bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. 

Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi seorang wanita. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Sekiranya ingin memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah, apa kata kita mengenalpasti terlebih dahulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang dipilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kita....

BERDASARKAN PEMBACAAN...INILAH FALSAFAH DI SEBALIK KUNTUMAN BUNGA...:)

ROS KUNING





 Untuk rose bewarna kuning pula bermaksud persahabatan.. ia memberi maksud penghargaan dan si dia mahu kamu menjadi sahabat.. si dia mengambil berat tentang kamu tetapi perasaannya tidak bersifat romantik kepada seseorang.. kalau orang yang kamu minat memberi rose bewarna kuning kamu paham-paham je la..


ROS PUTIH


Cinta sejati dan kekuasaan.

BUNGA CARNATION


Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.

BUNGA CAMELIA


Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.

BUNGA KEKWA


Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.


BUNGA DAISI


Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.

BUNGA IRIS


Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.

BUNGA JASMIN


Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.

 BUNGA ORKID


Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.

ROS MERAH


Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.

BUNGA MATAHARI


Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.

BUNGA TULIP


Ia membawa rasa cinta dan tuah.

BUNGA IVY


Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.

BUNGA VIOLET


Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.


KOD WARNA BUNGA


Merah
 Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.

Ungu
 Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.

Kuning
 Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.

Putih
 Semangat mementingkan kebenaran.

Merah Jambu
 Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!


..........................................................................................................



Wallahua'lam... sekadar perkongsian
mudahan ada manfaat...
Maaf kebanyakan ayat ataupun maklumat dalam blog ini adalah copy&past daripada blog orang lain… hanya siapa yang benar-benar mengenali saya sahaja akan tahu yang mana original diri saya.