Friday, September 14, 2012

PENULISAN SKRIP DAN PERHASILAN PAPAN CERITA..

Ros  ni final projek kita... hehehe  boleh tahan jugak kita nikan...  Nah korang semua cuba nilai gak kami punya storyboard ni... agak2 ok x???



PENSIL WARNA MERDEKA!!




         
 Pada mlm 30 0g0s 2012. terdapat 2kotak pensil warna di atas meja sebuah bilik budak lelaki. jam menunjukkan 11.30 mlm.





tiba2 pensil warna itu keluar dr pd kotak... mereka mempunyai kaki dan tangan... mereka berusaha turun dari meja. kemana mereka mahu pergi??? jeng...jeng...jeng..





sampai diruang tamu... pensil warna bejalan keluar pula dari rumah. kemana arah tuju mereka??





rupa2 nya pancil warna ni bukan je satu jantina dan bangsa... tetapi mereka mempunyai pelbagai bangsa yang berada di malaysia ni....  mereka berjalan berpimpin tangan menuju ke destinasi... hehehe




dalam pada mereka berempat itu berjalan... tiba kedengaran suara memanggil dari belakang....
"sini2... tunggu kami... kami nak ikut!" kemudian mereka semua berjalan bersama2 menuju destinasi.
lama berjalan...





ohh... rupa2 nya mereka mahu ke astaka... tapi nak buat apa ye??




mereka semua berkumpul di astaka... mereka bercakap2 antara satu sama lain spt sedang merancang sesuatu... apakah ia?




akhirnya.... wah.......... mereka(pensil warna) membentuk logo kemerdekaan yang ke 55.
dasyat betul mereka ni....kan???




selepas mereka membentuk logo tadi... keluar pulak bunga api... lawanyer... meriah sambutan mereka ni.. jadi dengan ini genaplah malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 55 kali ni...
DENGAN INI SAYA MAHU MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 UNTUK RAKYAT MALAYSIA...

Hanya Kerak Nasi Untuk Mak


Cerita dari blok seseorang : Katanya cerita betul yg menyayat hati.. mai kit baca sama2 ya.. Hanya untuk dikongsikan bersama… YANG BAIK DIAMALKAN, YANG BURUK DITINGGALKAN.


                      

          Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.


          Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.


       Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.


    Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'


           Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya" .


                Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.



       Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya...zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.



AMINN