Cerita dari blok seseorang : Katanya cerita betul yg
menyayat hati.. mai kit baca sama2 ya.. Hanya untuk dikongsikan bersama… YANG
BAIK DIAMALKAN, YANG BURUK DITINGGALKAN.
Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur
setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi
setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi
juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan
datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang
patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan
bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku
minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang
buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa
pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk
anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana
anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung
tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut
mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk
dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang
digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.
Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng
mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak
sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum
makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya
tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak
belum makan apa lagi tu'
Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak
lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami
pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga
mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diabetisnya" .
Bila semua dah pulang..aku lihat mak
terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.'
takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila
kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih
berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya...zaman sekarang
pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya
asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang
aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah
Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak
terhingga.
AMINN

No comments:
Post a Comment